Pusat Kokurikulum ditubuhkan pada tahun 2005 selepas dinaik taraf daripada Unit kepada Pusat. Dahulunya Pusat Kokurikulum merupakan sebuah Unit terletak di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Kursus Kokurikulum Berkredit merupakan satu kursus wajib bagi setiap pelajar. Di antara tujuan utama kursus kokurikulum ialah untuk memberi pengkayaan dan ilmu tambahan sebagai nilai tambah kepada seseorang mahasiswa di universiti, disamping membina Kemahiran Insaniah ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berfikiran matang.
Pihak universiti menetapkan bahawa kursus kokurikulum berkredit merupakan sebahagian daripada komponen wajib bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Sepanjang pengendaliannya, beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah dipraktikkan sebagai usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaannya supaya ia dapat benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertajamkan bakat para pelajar sejajar dengan tuntutan kerjaya.
- Menjadi pusat pengembangan sahsiah pelajar dalam menuju kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan.
- Menerajui aktiviti pengajaran dan pembelajaran kokurikulum bagi mengembangkan pembangunan insan selaras dengan wawasan universiti dan hasrat negara
- Melahirkan Pelajar Yang Berupaya mengaplikasikan Kemahiran Insaniah
- Memberi maklum balas status dan jawapan tindakan susulan yang akan diambil terhadap permohonan pinjaman peralatan dan tempahan fasiliti dalam tempoh (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima
- Mengadakan mesyuarat kelulusan kertas kerja pada minggu ke-5 dan ke-10 kuliah selepas menerima kertas kerja yang lengkap.
- Semua urusan di kaunter dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
- Aduan Pelanggan diberi maklum balas dalan tempoh satu (1) bekerja.