PUSAT KOKURIKULUM, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) ingin mempelawa kakitangan UPSI (staf akademik/bukan akademik) serta orang awam yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan dan berpengalaman mengajar/jurulatih adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi Tenaga Pengajar kursus kokurikulum berkredit.