SEJARAH PENUBUHAN | ABOUT US

SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Kokurikulum ditubuhkan pada tahun 2005 selepas dinaik taraf daripada Unit kepada Pusat. Dahulunya Pusat Kokurikulum merupakan sebuah Unit terletak di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Kursus Kokurikulum Berkredit merupakan satu kursus wajib bagi setiap pelajar. Di antara tujuan utama kursus kokurikulum ialah untuk memberi pengkayaan dan ilmu tambahan sebagai nilai tambah kepada seseorang mahasiswa di universiti, disamping membina Kemahiran Insaniah ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berfikiran matang.

Pihak universiti menetapkan bahawa kursus kokurikulum berkredit merupakan sebahagian daripada komponen wajib bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Sepanjang pengendaliannya, beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah dipraktikkan sebagai usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaannya supaya ia dapat benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertajamkan bakat para pelajar sejajar dengan tuntutan kerjaya.

ABOUT US

Co-Curricular Centre was established in 2005.  Formerly Co-Curricular Centre is one of the unit under the Department of Student Affairs and Alumni.

Co-Curriculum course is one of the University Course and it is compulsory for each student. The main objective of these course is to provide additional knowledge enrichment and as an added value to student, and to build soft skills that produce holistic graduates and mature minded.

Several improvements has practiced as an effort to strengthen its implementation so that it can really play the role of nurturing, sharpen and hone the talents of the students in line with the demands of a career.