PIAGAM PELANGGAN | CLIENT CHARTER

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

Memastikan kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran kursus kokurikulum berkredit berdasarkan nisbah Tenaga Pengajar kepada pelajar bagi setiap kumpulan seperti mana yang terkandung dalam Objektif Kualiti Pusat Kokurikulum.
Memberi maklum   balas status dan jawapan tindakan susulan yang akan diambil terhadap permohonan pinjaman peralatan dan tempahan fasiliti dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
Memproses permohonan pelaksanaan aktiviti berkaitan penilaian pengajaran dan  pembelajaran (P&P) kursus kokurikulum berkredit dalam tempoh dua (2) minggu selepas menerima kertas kerja aktiviti yang lengkap.
Menerima, melayan dan menyiasat semua aduan pelanggan yang diterima tanpa prasangka dan memaklumkan perkembangan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh aduan diterima.