Carian Maklumat

Laman Web Rasmi Pusat Kokurikulum

Selamat datang ke laman web baru, Proses pengemaskinian laman sedang dilakukan, harap maaf sekiranya sebarang masalah berlaku.

Aktiviti Olahraga

Kejohanan Olahraga Semester 1 2009/2010

Kursus Kokurikulum Memanah

Aktiviti Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Memanah.

Kejohanan Olahraga

En. Khairul Azhar sedang memberi hadiah kepada pemenang-pemenang semasa kejohanan tersebut.

Kursus Kokurikulum Badan Beruniform

Tenaga Pengajar Sedang Memberi Taklimat

Aktiviti pelajar

Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Kokurikulum berusaha mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan aktiviti bukan akademik, agar dapat melahirkan siswazah yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Silat Seni Gayong

Aktiviti Kursus Kokurikulum Silat Gayong.

Kursus Kokurikulum Olahraga

Aktiviti Merentas Desa

Galeri Aktiviti Kokurikulum

Hala Tuju Pendidikan Tinggi : Antara Pembangunan Modal Insan dangan Keberolehan Kerja Graduan
Written by En Mohd Hanif bin Mohamad   
Thursday, 28 January 2010 04:53
There are no translations available.

*Petikan daripada buku Pembangunan Pelajar : Memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi


Keberolehan kerja graduan sering kali didefinasikan sebagai satu set kemahiran pencapaian, pemahaman dan lambang keperibadian (Yorke & Knight, 2003). Tiga atribut tersebut membolehkan graduan memperoleh pekerjaan dengan lebih mudah dan bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Sekiranya graduan mempunyai ketiga-tiga atribut tersebut, graduan dijangka mampu untuk memperoleh pekerjaan yang diimpikan oleh mereka dan seterusnya memberikan manfaat kepada diri sendiri, profesion, masyarakat dan juga ekonomi negara. Walau bagaimanapun, definasi ini tidak memadai atau belum cukup lengkap apabila kita merujuk kepada pembangunan pelajar sebagai modal insan secara menyeluruh atau holistik. Pembangunan modal insan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek, termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahun sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat; (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006, m.s 249.)

Tujuan penubuhan universiti telah lama diperdebatkan oleh para sarjana dan pentadbiran sesebuah negara. Mereka berdebat tentang falsafah penubuhan universiti itu sendiri. Newman (1947, dipetik daripda Levin, 2000) telah mempersoalkan sama ada institusi pengajian tinggi perlu menyediakan pendidikan untuk ilmu praktikal, atau ilmu untuk kepentingan dan nilai ilmu itu sendiri. Nilai ilmu itu penting untuk tujuan penyebaran dan penyuburan keilmuan dan kesarjanaan. Ilmu praktikal pula sangat diperlukan untuk tujuan dan kepentingan yang berdasarkan keadaan semasa dan pelunjuran pembangunan negara.

Situasi ekonomi yang mencabar telah mengubah landskap pendidikan tinggi. Institusi pengajian tinggi telah terlalu terarah kepada kepentingan keperluan pasaran. Kebanyakan institusi pengajian tinggi terlalu berfokus kepada pendidikan vokasional yang menekankan ilmu praktikal sahaja. Persoalannya, apakah institusi pengajian tinggi berfungsi seperti kilang yang harus mengikut telunjuk pasaran semata-mata? Peranan dan fungsi institusi pengajian tinggi telah begitu banyak diperdebatkan sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Kirp (2000), seorang profesor polisi awam di Goldman School of Public Policy, University of California, Berkeley, pernah menyuarakan persoalan yang sama. Beliau memberikan penyataan berikut berdasarkan pemerhatian terhadap universiti di Amerika:

  • "Tanpa disedari, universiti di Amerika telah membuat olahan semula sistem pendidikan mereka. Dalam masa yang singkat, misi universiti untuk menyeberkan serta memartabatkan ilmu telah berubah kepada mengisi nilai yang hanya memenuhi kehendak pasaran kerja. Budaya mementingkan wang telah mengubah lanskap pendidikan tinggi. Tiada lagi komitmen untuk mengekalkan komuniti cendekia, kumpulan intelektual yang bebas berbincang secara kritis mengikut tradisi kebijaksanaan pada masa itu."                   

                                 (http://www.thenation.com/doc/20000417/kirp)

Last Updated on Friday, 05 February 2010 03:02
 
1_720325363l.jpg

March 2010
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

Who's Online

We have 4 guests online

Apa pendapat anda tentang website Pusat Kokurikulum